Sekurang-kurangnya 16 rumah termasuk bangunan pelacuran dan tempat hiburan hangus terbakar di kawasan Lembah Durian, yang biasa disebut dengan “Merong” di Jalan Negara Muara Teweh berdekatan dengan perkebunan lada Sultan Banjar, kalimantan dalam kejadian malam semalam.
Tiada siapa yang tahu punca kebakaran berkenaan sehingga berita ini disiarkan, menurut saksi api marak begitu cepat dari bilik nombor satu (bahagian depan) bangunan berkenaan pada pukul 2:30 pagi.
Sekitar 30 minit kemudian api menjadi semakin marak dan menghanguskan bangunan yang di perbuat daripada kayu itu.
Dimaklumkan bangunan yang mula-mula terbakar merupakan bangunan yang didiami oleh 18 orang wanita yang bekerja sebagai pelayan kelab malam, salah seorang daripada mereka iaitu Yaya julia yang berusia 21 tahun maut dengan mengerikan kerana tidak sempat menyelamatkan diri.
Menurut rakan Yaya, Rina berkata sebelumnya dia sempat menarik tangan mangsa untuk sama-sama melarikan diri melalui pintu belakang bangunan, akan tetapi mangsa lebih rela memilih untuk menyorok di bilik mandi dan masuk ke dalam tong drum berisi air.
Api yang semakin merebak tidak lagi dapat dikawal sehingga menghanguskan 16 bangunan sekitar kawasan tempat hiburan malam berkenaan.
Menurut sumber yang diperolehi, mayat mangsa ditemui selepas api berjaya dipadamkan kira-kira jam 4 pagi.
Mayat mangsa telah ditemui oleh anggota pemadam api dalam keadaan hanya mengenakan bra dan spender berwarna merah dengan keadaan masak seperti direbus.
Jasad mangsa dihantarkan ke hospital Muara Teweh sebelum dikebumikan oleh orang tua angkatnya di Kelurahan Jambu, Kecamatan Teweh Baru. - Eberita
No comments:
Write comments