Saturday 25 February 2017

Hajat Bapa OKU Bertemu Anak Tak Kesampaian


HAJAT seorang bapa kurang upaya (OKU) yang mahu bertemu dengan anak cucunya tidak kesampaian selepas maut dilanggar komuter di Stesen Komuter Kampung Datuk Harun, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Abdul Rahim Osman, 75, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai tercampak kira-kira dua meter dari landasan.

Kemalangan itu turut mengakibatkan kaki kanan mangsa putus.

Menurut sumber, mangsa dikatakan dari Seremban datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anak cucunya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan menerima laporan kejadian itu dari polis bantuan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa dari landasan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dipercayai tercampak kira-kira dua meter dari landasan,” katanya kepada Harian Metro.

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments