GILA… Tanpa sebarang sebab, seorang wanita sanggup memotong jari kelingkingnya sendiri dengan menggunakan pemotong besi dan mengaku seronok melakukannya.
Wanita pelik ini, Torz Reynolds, 30, dari Essex, kemudiannya memuatnaik gambar jari yang sudah putus itu di dalam Facebook.
Menurut Torz, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk melakukannya dan gembira dengan keadaan jarinya yang kudung itu.
“Sembuh dengan cepat dan amat menyukainya,’’ demikian tulis Torz bersama gambar yang dimuatnaik dalam Facebook.
Bagaimanapun tindakan Torz itu dikecam ramai dan disifatkan sebagai gila, jijik dan bodoh.
Torz bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu dengan alasan dia tidak menganggu atau menyakiti sesiapa pun dan mahu berkongsi pengalaman memotong jari itu dengan kawan-kawannya.
Pada 2014, Torz mengejutkan ramai apabila dia telah mengikis kulit lengannya dengan pisau bagi membuang tatu yang tercatat nama bekas kekasihnya selepas lelaki itu curang.
Dia berbuat demikian selepas lelaki berkenaan, Stuart Chopper menipunya dan mempunyai kekasih lain. Selepas mengikis kulit lengannya itu, kulit berkenaan yang tertulis ‘Chopper’s B****’ telah dimasukkan ke dalam botol dan diposkan ke rumah Stuart.
“Saya tidak dapat bayangkan reaksinya. Saya amat berharap dapat berada di situ untuk menyaksikannya,’’ katanya semasa mengulas mengenai perbuatannya itu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments