Sunday 26 February 2017

Lelaki Rebah Selepas 9 Jam Main Game, Tapi Masih Mahu Teruskan Permainan


Polis di bandar Lu'an, wilayah Anhui menerima panggilan kecemasan pada Rabut selepas seorang lelaki di dalam pusat komputer rebah dan mula batuk berdarah.

Pegawai kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lelaki berkenaan terlentang dalam keadaan separa sedar di atas lantai sambil mengeluarkan darah akibat batuk.

Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan bermain permainan online tanpa henti selama 9 jam.


Apabila ambulan tiba, lelaki tersebut seperti sudah sedar kepada realiti dan teringat kepada permainannya.

"Cepat tolong saya bangun balik. Kami hampir menang!" katanya kepada pegawai polis.

Bagaimanapun, polis telah pun menutup permainan itu dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan.


Keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil dan dia telah pun dilepaskan dari tahanan wad. - Shanghaiist

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments