Sunday 26 February 2017

Wang mainan dalam ATM


New Delhi: Seorang pekerja yang bertanggungjawab memasukkan wang ke dalam mesin ATM bank memasukkan wang mainan ke dalam mesin sebuah bank di sini, dan melarikan wang sebenar.

Lelaki itu, Mohammad Isha, melakukan perbuatan berkenaan awal bulan ini ketika memasukkan wang ke dalam mesin ATM State Bank di sini.

Menurut seorang pegawai polis, selepas masuk ke dalam ruang ATM membawa beg, Isha mengambil wang dalam mesin itu dan menggantikannya dengan wang mainan. 

“Dia mengakui perbuatannya itu selepas agak lama kami menyoal siasat,” katanya di sini, hari ini. 

Wang mainan itu bernilai 2,000 rupee (RM133) tertulis ‘Children Bank of India’ (Bank Kanak-Kanak India). 

Wang kertas 2,000 rupee mula diperkenalkan kerajaan India tahun lalu, selepas Perdana Menteri Narendra Modi menarik balik semua not dalam edaran bagi mengatasi masalah kegiatan mengelak cukai dan wang palsu. 

Isha akan didakwa kerana menipu dan mencuri. – AFP/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments