Monday 27 February 2017

Seorang Guru Dikhuatiri Mati Lemas Di Belaga


MIRI – Seorang guru lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh daripada bot panjang yang dinaikinya di Sungai Batang Rajang tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hatta Gobel berkata ketika kejadian, Michael Usat Emang, 59, bersama isterinya sedang dalam perjalanan balik ke Sekolah Kebangsaan Nanga Telawan, Belaga setelah menziarahi saudara yang meninggal dunia di Punan Sama.

Beliau berkata semasa perjalanan, bot panjang dinaiki mangsa dan isteri itu terlanggar batang kayu terapung menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai.

“Isteri mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa terus hilang ditelan arus sungai deras,” katanya ketika dihubungi dan menambah isteri mangsa terus meminta bantuan daripada penduduk rumah panjang berhampiran dan sekolah setelah mangsa gagal dijumpai.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat Bintulu serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditubuhkan untuk mencari mangsa sejak petang semalam. – BERNAMA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments