Tuesday 28 February 2017

(6 Gambar) Aktres Selamba Tayang ‘Miss V’ Di Red Carpet Oscar


AKTRES filem Showgirls 2:Penny’s from Heaven; Blanca Blanco mencuri perhatian ramai ketika berjalan di karpet merah Anugerah Akademi (Oscar) ke-89 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Blanca ketika menghadiri anugerah berprestij itu anggun mengenakan busana berwarna kuning yang terbelah di bahagian sisi paha kirinya.

Walau bagaimanapun, penampilan Blanca pada malam itu direncatkan dengan potongan busana itu yang terlalu tinggi sehingga menampakkan alat sulitnya ‘Miss V’ ketika menyelusuri karpet merah di acara gilang gemilang itu.

Pun begitu, aktres berusia 36 tahun ini, seolah-olah tidak kisah seluruh dunia menonton asetnya itu malah dengan ‘tenangnya’ dia posing di hadapan ratusan jurugambar yang ada di situ.

Malah Blanca juga turut berkongsi fotonya ketika menggayakan busana itu menerusi laman sosial peribadinya mempamerkan kakinya yang jinjang.

Selain Blanca, beberapa selebriti Hollywood juga pernah menghadapi situasi seperti itu antaranya Bella Hadid ketika berjalan di karpet merah Festival Filem Cannes, Jun lalu.

Manakala model Itali iaitu Giulia Salemi dan Dayane Mello pula pernah menggayakan busana serupa ketika menghadiri tayangan perdana filem The Young Pope di Festival Filem Venice tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC





    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments