Tuesday 28 February 2017

Meditasi Kubur Bantu Atasi Kegagalan Perkahwinan


LUPAKAN kaunseling perkahwinan. Ini ada kaedah baru yang diamalkan di China, untuk mengatasi kekecewaan akibat perceraian iaitu `meditasi kubur’ di mana mereka yang telah menjanda akan bermeditasi di dalam kubur.

Meditasi kubur ini dikatakan kononnya membolehkan wanita yang menjanda membuang sial dan hantu-hantu yang menyebabkan perkahwinan runtuh.

Ia diasaskan oleh seorang ahli perniagaan wanita, Liu Taijie.

“Anda harus menjadi seorang wanita yang kuat. Apa akan berlaku jika suami anda meninggalkan anda dan mencarikan ibu tiri untuk anak-anak anda. Dalam keadaan tersebut, bagaimana anda mahu meneruskan kehidupan,” katanya.

Mereka yang pertama kali menyertai meditasi itu akan diminta menjerit sekuat hati bagi meluahkan kekecewaan akibat kegagalan dalam perkahwinan.

Kursus tersebut bukan hanya menarik perhatian wanita yang menjanda sebaliknya mereka yang bujang termasuk penuntut turut mengikutinya.

“Kami mahu menjadi wanita yang tabah. Kami akan memandu kereta mewah ke majlis perkahwinan anda,” kata salah seorang wanita. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments