Sunday 26 February 2017

Angin Kencang, Laut Gelora Esok Hingga Khamis


KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang esok sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini menyatakan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dijangka pada Selasa sehingga Khamis ini.

Angin kencang dan keadaan laut bergelora turut melanda kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan pada Isnin hingga Khamis ini, dengan angin kencang pada kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments