Sunday 26 February 2017

Kalau dah jodoh: Dua banduan kahwin dalam penjara


Kathmandu: Dua banduan yang dijel kerana membunuh suami serta isteri masing-masing berkahwin di dalam penjara baru-baru ini selepas diperkenalkan ibu pengantin lelaki terbabit yang turut menjalani hukuman bagi tuduhan bunuh.

Namun pasangan berkenaan – Dilli Koirala, 33, dan isteri barunya Mimkosha Bista, 30 – hanya boleh menyempurnakan perkahwinan itu selepas si suami selesai menjalani 14 tahun lagi hukuman penjaranya.

Koirala dipenjara 20 tahun manakala Mimkosha bakal dibebaskan dalam tempoh empat tahun. Kedua-duanya menjalani hukuman di Penjara Daerah Kalikot. 

Akhbar Republica melaporkan, pasangan itu tidak pernah bertemu sebelum majlis perkahwinan mereka, sebaliknya diperkenalkan ibu Koirala yang turut dipenjara kerana membantu anaknya membunuh isterinya yang pertama. 

“Dia membunuh isterinya dan saya pula membunuh suami. Tetapi ibunya sukakan saya dan disebabkan itu saya pun tertarik dengannya,” kata Mimkosha. – Agensi/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments