Friday 24 February 2017

Tak Tahan Dicaci, Coco Bidas Balik ‘Haters’


TAK habis-habis lagi tentang Marshaira Ismail atau lebih dikenali dengan nama glamornya, King Coco ni.

Satu demi satu kontroversi menyelubungi setiap langkahnya, ada sahaja yang tak kena di mata netizen sejak dia mencetuskan tular oleh kerana videonya bercakap dengan loghat ‘mat salleh’ serta mengaku mempunyai pelbagai darah kacukan.

Dia sekali lagi digelar ‘perampas’ dan bimbo setelah melangsungkan pernikahan dengan suami orang iaitu Azrin Anaz atau @captazrin.

Namun, meskipun sentiasa dihimpit cemuhan masyarakat, Coco masih positif dan tidak pernah sesekalipun memburukkan orang lain di dalam media sosialnya.

Malah, apabila dia seakan-akan dibuli di alam siber dan dimalukan di kaca televisyen setiap kali dijemput menjadi tetamu talk show, wanita muda berusia 20 tahun ini kekal menjadi dirinya sendiri.

Bagaimanapun, kesabaran Coco nampaknya sudah sampai ke tahap kemuncak apabila akhirnya dia bersuara melalui insta story yang dimuat naik daripada laman Instagramnya:



Katanya, dia hanya membodohkan dirinya sendiri sahaja dan tidak pernah menyakiti orang lain.

Coco juga mempersoalkan mengapa masyarakat mempertikaikan kebahagiaannya bersama suami dan mengandaikan orang-prang yang membencinya itu sebenarnya tidak pernah bersyukur dengan apa yang sudah dimiliki.

Akhir sekali, Coco menasihati semua yang membencinya agar belajar memperbaiki salah sendiri dan agar mereka berubah menjadi lebih baik.



‘Kata-kata pujangga’ Coco ini diterima baik oleh ‘peminatnya’ yang merasakan dia seorang yang matang dan befikiran positif meskipun bertubi-tubi dikritik setiap hari.

Pada pandangan kami, jika tahu hidup tu sentiasa diperhatikan, berubahlah menjadi wanita dan isteri yang lebih baik. Ini tidak, tiada perubahan pun sebelum dan selepas kahwin; pakaian masih ‘tak cukup kain’.

Kemudian, apabila dipandang serong oleh masyarakat, tahu pula melatah! – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments