Saturday 25 February 2017

Bekas hakim dihukum: jalin hubungan seks dengan defendan


LEXINGTON: Bekas hakim Kentucky dikenakan tindakan disiplin kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita ketika membicarakan kes jenayah defendan.

Suruhanjaya Pelakuan Kehakiman Kentucky mengenakan tindakan itu ke atas hakim berkenaan semalam. 

Ia berkata, Ronnie C Dortch didakwa menjalin hubungan dengan wanita itu antara 2014 hingga 2015 dan membincangkan kes itu dengan defendan di luar mahkamah. 

Suruhanjaya berkata, oleh kerana Dortch bersara bulan lalu, tindakan disiplin adalah hukuman paling berat boleh dikenakan ke atas beliau. 

Ia tidak mendedahkan wanita itu, kesnya atau keputusan kes itu. Jurucakap suruhanjaya enggan memberikan butiran lanjut. - AP

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments