Friday 24 February 2017

Rakaman ‘Hantu’ Tolak Pagar Hospital Buat Staf Meremang


KAKITANGAN sebuah hospital di Argentina diselubungi perasaan takut apabila menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik tempat mereka bekerja.

Menerusi klip rakaman itu, pintu pagar utama hospital itu tiba-tiba dilihat terbuka dengan sendiri sedangkan pintu berkenaan bukanlah dari jenis automatik yang boleh diakses menggunakan butang atau alat kawalan jauh.

Insiden itu menyebabkan kakitangan Hospital Parajon Ortiz de Familia kebingungan dan ketakutan.

Pintu pagar besi itu dilihat bergerak ke arah dalam menghampiri dinding konkrit seperti ditolak oleh ‘seseorang’, namun tiada kelibat yang kelihatan memasuki perkarangan hospital tersebut.

Rata-rata kakitangan yang menyaksikan video itu percaya bahawa dalang di sebalik ‘pintu berhantu’ itu adalah perbuatan lembaga atau entiti yang tidak dapat dilihat.

Tambah kakitangan hospital itu, kejadian seumpama itu bukanlah yang pertama kali berlaku di hospital tersebut.

Terdapat beberapa siri kejadian seram yang berlaku antaranya penampakan hantu atau lembaga di koridor, bunyi bising yang pelik dan beberapa insiden lagi.

Malah tidak kurang juga khabar angin yang tersebar di hospital itu mendakwa insiden seram yang berlaku itu hanyalah gurauan daripada bekas doktor terhadap rakan-rakan sejawat dan pesakitnya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments