SEORANG ibu terkejut besar dan ketakutan apabila menemui anak lelakinya sedang makan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dibunuh dan dipenggal kepala.
Ibu kepada lelaki yang dikenali sebagai Nazim Miyan itu menemui anaknya bersama mayat mangsa di sebuah rumah terbiar di Uttar Pradesh.
Turut ditemui wanita itu ialah beberapa bahagian badan mangsa seperti leher, tangan dan kaki yang telah dipotong manakala kulit perut dan organ dalaman kanak-kanak malang itu ditemui berselerakan di atas lantai.
Mangsa dikatakan diculik ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya. Sementara Nazim pula adalah penagih dadah.
Dia menyerah diri kepada polis tanpa melawan namun sebelum dibawa ke balai, penduduk di situ telah membelasahnya. Penduduk turut berhimpun di luar balai polis bagi mendesak agar Nizam dibunuh,
Nizam didakwa dengan tuduhan membunuh dan menculik. Menurut polis, ketika disoalsiasat, dia hanya berdiam diri. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments