Saturday 25 February 2017

Gambar kaki terbalik cetus debat


Beijing: Gambar pelik menunjukkan seorang wanita duduk di kerusi panjang di sebuah gim dengan kakinya kelihatan terbalik mencetuskan perbahasan di Internet.

Imej pelik itu menunjukkan wanita muda itu berpakaian sukan tetapi aneh kakinya nampak terbalik berbanding badannya.

Gambar itu mencetuskan tanda tanya pengguna Internet dengan ramai berpendapat ilusi optik itu diubah secara digital. 

Ramai juga yang berpendapat keadaan itu berlaku kerana pantulan cermin di belakangnya. 

Menurut satu lagi teori cermin berkenaan sebenarnya berada di bawah kerusi berkenaan. 

Ada juga yang berpendapat wanita berkenaan sebenarnya memakai kaki palsu dan sengaja menterbalikkannya kerana mahu bergurau. 

Dan percaya atau tidak, ada juga netizen yang cuba pula memusingkan kaki mereka untuk mendapat kesan sama. 

Gambar itu tersebar sejak 2015 tetapi ia tular semula di media sosial baru-baru ini. – Agensi/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments