Friday, 24 February 2017

Penyu Telan Puluhan Syiling Bakal Dibedah


BANGKOK – Pakar veterinar Thailand merancang bedah seekor penyu yang sakit selepas bertahun-tahun telan duit syiling dicampak ke dalam kolam oleh orang ramai konon untuk mendapat tuah.

Pensyarah fakulti sains veterinar dari Universiti Chulalongkorn, Nantarika Chansue berkata, pasukannya sedang membuat persediaan membuang puluhan duit syiling yang terkumpul di dalam perut penyu itu.

Portal berita Bangkok Post melaporkan, pembedahan itu dijangka dijalankan dalam tempoh dua minggu lagi.

Penyu itu dibawa oleh anggota tentera dari daerah Si Racha di Chon Buri, tempat tinggal di dalam sebuah kolam terbiar.

Perut penyu itu yang semakin berat menekan cengkerang di bahagian bawah menyebabkan ia retak dan dijangkiti kuman.

Paru-paru haiwan itu juga terkena jangkitan kuman menyebabkan dia tidak boleh menyelam. Penyu itu juga sukar untuk berenang dan makan.

Imbasan CT pada penyu itu menemui satu gumpalan besar syiling di dalam perut serta mata pancing di ususnya.

Menurutnya, beberapa penderma berjaya mengumpul dana berjumlah 15,000 baht (RM1,900) bagi membiayai rawatan untuk penyu berkenaan. – Agensi/myMetro Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments