Tuesday 28 February 2017

Penunggan motorsikal guna nombor plat 'Bakal Jenazah' ditahan


KOTA KINABALU: Seorang penunggang motorsikal ditahan dalam satu operasi yang dilaksanakan pihak polis kerana mempamerkan nombor pendaftaran belakang bertulis ‘Bakal Jenazah’, di Kompleks Karamunsing, di sini semalam. 

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, suspek berusia 20 tahun dan bekerja di salah sebuah kedai 24 jam itu ditahan dalam OP Roda di kompleks berkenaan lebih kurang jam 2.45 petang kelmarin.

“Penunggang motorsikal serta motorsikal miliknya telah di bawa ke Balai Trafik Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya sambil menambah suspek ditahan di bawah Seksyen 108 (3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakn nombor pendaftaran bukan milik asal kenderaan berkenaan. 

Tambah Chandra, ketika operasi berkenaan sebanyak 20 buah kenderaan dan lapan individu telah diperiksa. 

“Tujuan operasi ini adalah mengesan kenderaan curi, kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan juga kegiatan kereta sapu.” 

“Usaha akan diteruskan lagi bagi mengesan kenderaan-kenderaan curi dan kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu lantas dapat mencegah kejadian jenayah,” katanya. - Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments