Saturday 25 February 2017

AS sekat warga Syria hadiri Anugerah Oscar


WASHINGTON: Pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat (AS) menyekat seorang penggiat perfileman Syria, berusia 21 tahun daripada masuk ke negara itu bagi menghadiri Anugerah Akademi selepas filemnya berjudul The White Helmets dicalonkan.

Menurut koresponden pentadbiran dalaman Trump yang ditemui Associated Press, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri di saat akhir memutuskan untuk menyekat Khaled Khatib dari meneruskan perjalanan ke Los Angeles untuk menghadiri Oscar.

Khatib dijadual tiba di Los Angeles pada Sabtu dengan penerbangan Turkish Airlines yang berlepas dari Istanbul.

Bagaimanapun, rancangannya terhalang selepas pegawai AS melaporkan penemuan "maklumat berbentuk penghinaan" membabitkan Khalid.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri enggan mengulas lanjut.

Maklumat yang berbentuk penghinaan jatuh dalam kategori yang luas, mencakupi semua aspek daripada kaitan keganasan hingga kepada penyelewengan pasport. - AP

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments