Sunday 26 February 2017

Instagram Punca Wanita Moden Suka Payudara Kecil?


LONDON – Bagi wanita khasnya gadis remaja yang mengimpikan untuk memiliki payudara bersaiz besar, maka cuba elakkan penggunaan akaun Instagram terutama swafoto gambar diri sendiri.

Itu nasihat jujur seorang doktor bedah kosmetik Britain, Dr. Amanda Wong hasil kajian beliau terhadap pengaruh media sosial khasnya Instagram terhadap penampilan bukan sahaja imej gaya busana malahan dandanan solekan.

Ia juga melibatkan gaya rambut hingga bentuk tubuh. Sering kali apa yang dianggap trend itu memberi kesan besar kepada fizikal wanita, ujar pakar pembedahan plastik tersebut yang disiarkan portal Female First baru-baru ini.

Menurut kajian dilakukan sekumpulan doktor bedah kosmetik, mereka mendapati peningkatan 30 peratus wanita muda yang menginginkan ukuran puting dan cup payudara dengan saiz lebih kecil berbanding generasi terdahulu.

Ini menyaksikan trend penjualan coli daripada ukuran DD kepada C yang semakin popular beberapa tahun lalu sehingga diberi gelaran sebagai ‘smartie nipple’ atau puting pintar. Ia malah dipacu akibat ketagihan Instagram.

Puncanya kerana puting harus kelihatan kecil bagi memudahkan pemiliknya dapat mempamerkan belahan lurah dada atau payudara. Lebih dahsyat, ada pula ramai wanita sanggup melakukan pembedahan pengecilan buah dada.

Berikut ini beberapa pendapat Wong berhubung isu tersebut:

1. Tidak kelihatan alami
Ada mungkin suka penampilan tidak natural tetapi bayangkanlah memiliki payudara kecil dengan areola besar iaitu kawasan gelap sekeliling tetek atau payudara besar dengan areola kecil yang tentunya tidak terlihat alami.

2. Trend hanya seketika
Daripada trend sebelumnya seperti Kim Kardashian, trend sebegini lazimnya tidak berlangsung lama. Usaha bedah puting menjadi lebih kecil bakal bersifat kekal. Apa jadinya jika trend selanjutnya adalah ukuran puting lebih besar?

3. Payudara menarik waktu sesuai
Bedah payudara amat bergantung pada ukuran areola untuk menentukan penampilan. Tidak menarik jika puting tidak sesuai dengan payudara dan bahagian lain. Pengecilan areola bergantung pada ukuran payudara. Setiap puting berbeza ukuran, bentuk dan penampilan malah tidak semua sesuai dengan ukuran kecil.

4. Tidak suka diri sendiri
Ada banyak hal yang menjadikan wanita tidak selesa dengan diri sendiri namun ia boleh diabaikan. Puting payudara pada dasarnya setiap hari ditutup pakaian. Jadi apa untungnya membedah sesuatu yang tidak dilihat individu lain?

5. Luar biasa mahal
Harga untuk menjalani pembedahan pengecilan puting di Britain paling murah pun sudah mencecah sebesar 3,500 pound sterling (kira-kira RM19,400) yang lebih baik digunakan untuk perkara lain lebih berfaedah.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments