Florida (Amerika Syarikat): Ahli astronomi menemui tujuh planet yang hampir sama saiz dengan Bumi di sistem suria berhampiran.
Tiga daripada planet itu mengelilingi bintang utama pada jarak yang membolehkan cecair terbentuk pada planet itu.
Bintang terbabit yang dikenali sebagai TRAPPIST-1 berada di dalam kumpulan bintang Aquarius.
Ia terletak kira-kira 40 tahun cayaha dari Bumi atau 44 juta tahun pada kelajuan purata pesawat komersial.
Penyelidik berkata ia sasaran bagus untuk kajian lanjut berdasarkan jarak sistem itu serta saiz planet.
Mereka berharap dapat mengimbas atmosfera planet itu bagi mencari bukti kehidupan di planet itu.
Penemuan ini diterbitkan di dalam isu jurnal Nature susulan penyelidikan sebelum ini yang menunjukkan tiga planet mengelilingi TRAPPIST-1.
Ia antara lebih 3,500 planet yang ditemui di luar sistem suria.
"Ini adalah kali pertama begitu banyak planet bersaiz Bumi ditemui di sekitar bintang yang sama," kata ketua penyelidik dari Universiti Liege di Belgium, Michael Gillon.
Katanya, disebabkan TRAPPIST-1 sangat kecil dan sejuk, zon boleh didiami sangat dekat dengan bintang dan tiga planet berada pada kedudukan sesuai untuk pembentukan air.
“It adalah satu sistem yang kompak. Ia boleh mengandungi air dan kemungkinan kehidupan,” katanya.
Namun, jika ia tidak mempunyai sebarang kehidupan, planet itu boleh berevolusi. TRAPPIST-1 berusia sekurang-kurangnya 500 juta tahun dan dijangka mempunyai jangka hayat 10 trilion tahun.
Sebagai bandingan, matahari dijangka berusia kira-kira 5 bilion tahun.
Sementara itu, pakar astronomi dari University of Cambirdge, Amaury Triaud berkata kelmarin, penemuan ini satu langkah penting bagi mencari kehidupan di luar sana.
Trappist-1 berdiameter kira-kira lapan peratus daripada saiz matahari dan ini membuat planetnya kelihatan besar, katanya. - Mymetro
No comments:
Write comments