Monday 27 February 2017

Berhenti Letak Kerusi Disebelah Mesin Basuh


Berhenti Letak Kerusi Disebelah Mesin Basuh|Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan ditemui maut dalam mesin basuh, lapor Debate News.

Dalam kejadian pagi 18 Februari lalu di Jardim Planalto, Santa Cruz do Rio Pardo, Jaimerson Cardoso Dias Junior, 2, sebelum itu dilaporkan hilang oleh ibunya, Mariane Cristina.

Polis kemudian melancarkan gerakan mencari mangsa sekitar jam 10.40 pagi bersama dengan beberapa jiran yang lain di kawasan perumahan tersebut, namun gagal menemui mangsa.

Polis kemudian memeriksa rumah keluarga mangsa dan akhirnya menemui mangsa di dalam mesin basuh di sebalik pakaian dan buih cucian.

Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian namun sudah terlambat kerana mangsa telah meninggal dunia akibat lemas.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa dipercayai memanjat kerusi di sebelah mesin basuh yang sedang berfungsi dan membuka penutup mesin untuk bermain air. Malangnya mangsa terjatuh ke dalam mesin tersebut lalu mengakibatkannya lemas.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Polis juga telah mengambil keterangan dari Mariane dan nenek mangsa, Susinei Sueli Lopes. Bagaimanapun pihak polis belum pasti sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu mangsa di atas kecuaian tersebut. - Eberita

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments