LONDON: Kokain bernilai STG50 juta (RM277.8 juta) ditemui terdampar di dua pantai di Norfolk.
Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA), berkata dadah seberat 360 kilogram (kg) itu ditemui di pantai Hopton berhampiran Great Yarmoth dan pantai berhampiran Caister.
Difahamkan, dadah yang diisi dalam beberapa beg pelbagai warna itu ditemui orang ramai yang mengunjungi pantai sebelum memaklumkannya kepada pihak polis Norfolk.
NCA berkata, kehilangan dadah itu adalah tamparan hebat kepada penjenayah terbabit.
Anggota pasukan siasatan sempadan NCA, Matthew Rivers, berkata: "Kami bekerjasama rapat dengan pasukan sempadan, Agensi Pengawal Pantai dan polis Norfolk untuk mengesan bagaimana semua beg itu boleh berada di pantai terbabit. Ia bukan destinasi yang sepatutnya ia berada".
Katanya, apa yang jelas rampasan dadah kelas A dalam jumlah yang besar itu adalah 'kehilangan besar' kepada penjenayah terbabit.
Sementara itu, jurucakap polis Norfolk, Superintendan Dave Buckley, berkata: "Kami membantu usaha pencarian NCA dan percaya sudah menemui semua bungkusan.
"Orang ramai yang terjumpa mana-mana bungkusan diminta menghubungi polis Norfolk".
Beliau berkata, pihaknya akan menempatkan beberapa pegawai di kawasan terbabit untuk memantau keadaan. - The Independent Online

No comments:
Write comments