Saturday, 11 February 2017

Trump suruh Presiden Iran `jaga mulut'

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam, mengingatkan Presiden Iran, Hassan Rouhani supaya berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan. 

Amaran itu dikeluarkan Trump selepas berlakunya perang mulut antara Tehran dan Washington. 

Sebelum ini, ketika berucap di hadapan ribuan rakyat Iran sempena ulang tahun Revolusi Islam 1979, Rouhani berkata: "Orang Iran perlu dilayan dengan rasa hormat. 

"Rakyat Iran akan memastikan sesiapa yang mengancam negara ini menyesali tindakan mereka. Sesiapa saja mengancam kerajaan dan tentera Iran perlu sedar, mereka sedang diperhati," katanya. 

Trump yang ditanya berhubung kenyataan itu, membalas 'beliau perlu berhati-hati'. 

Presiden AS itu sering memberi amaran terhadap Iran sejak mengambil alih Rumah Putih. 

Beliau turut mengenakan sekatan terhadap Iran sejak negara itu melancarkan ujian peluru berpandu. - AFP

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments