Wednesday, 22 February 2017

Ada Cerita Di Sebalik Video Budak Makan Cacing


JIJIK… Itu perkara pertama terlintas di fikiran apabila menyaksikan satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak disuapkan cacing yang masih hidup.

Dalam video tersebut, kanak-kanak perempuan itu disuap cacing oleh seorang wanita dan berdasarkan percakapan, wanita tersebut berasal dari Indonesia.

Namun, kanak-kanak dalam video tersebut seolah-olah ‘menghayati’ makanan yang dihidangkan di hadapannya dan tidak menolak apabila disuapkan cacing. (Lihat video DISINI)

Perkongsian video tersebut menerusi laman sosial sejak dua hari lalu mendapat kritikan netizen dan ada yang menyangka kanak-kanak itu dianiaya oleh pembantu rumah.

Bagaimanapun, hasil penelitian mendapati kejadian tersebut berlaku di Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia dan video asalnya dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook berasal juga dari situ bernama Deri Lioni pada 18 Februari lalu.

Sebenarnya cacing yang dikenali sebagai nama ‘nyale’ atau cacing laut ini merupakan makanan tradisional masyarakat Lombok dan dikatakan hanya boleh ditangkap setahun sekali sehingga diadakan pesta menangkap Nyale.


Menerusi video tersebut, Deni sedang menyuap Nyale kepada anaknya bernama Zahro dan selepas mendapat kecaman netizen, dia memadamkan video berkenaan.

Difahamkan, pesta menangkap Nyale merupakan sebuah peristiwa dan tradisi yang mempunyai nilai mistik yang tinggi bagi etnik Sasak, suku asli Pulau Lombok.

Jelas sekali, makan cacing nyale hidup-hidup merupakan salah satu budaya atau tradisi yang popular di Pulau Lombok.

Dikatakan, cacing ini paling sedang dinikmati apabila dimasak, masak lemak cili api dan boleh dimasak dengan pelbagai cara, goreng, sup, sambal bahkan di makan mentah jika boleh telan. – MYNEWSHUB.CC


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments