Thursday 9 February 2017

Netizen kecam model Gigi Hadid mimik patung Buddha

LOS ANGELES: Model ternama pakaian dalam Victoria Secret, Gigi Hadid dikecam warga netizen selepas satu rakaman video Snapchat yang di tuduh bersifat perkauman. 

Difahamkan, video yang dimuat naik adiknya Bella dan sudah dipadamkan itu, menunjukkan model itu sedang bermain dengan biskut berbentuk Buddha yang sedang ketawa, di sebuah parti makan malam. 

Sambil memegang biskut itu dekat ke mukanya, beliau meniru ekspresi wajah, senyuman dan mengecilkan matanya. 

Aksi itu pantas mengundang banyak tweet yang mengecam model berdarah Palestin dan Belanda itu sebagai bersifat perkauman terhadap orang Asia. 

Teman lelakinya, bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik turut merasa tempias kecaman itu. 

Beliau ditanya di Twitter mengenai perasaan beliau sebagai seorang yang berdarah Asia mengenai perbuatan kekasihnya mempersendakan orang Asia. 

Penyanyi kacukan Pakistan itu dengan nakalnya menjawab: "Percayalah ... dia suka orang Asia". 

Ini bukan kali pertama model itu dikritik kerana bersifat perkauman. 

Menurut majalah Paper, Hadid pernah mengenakan rambut afro dan menggelapkan kulitnya untuk sesi fotografi untuk kulit majalah Vogue Itali pada 2015 yang turut mengundang kecaman hebat. - BH Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments