SUNGAI PETANI: Seorang lelaki kurang siuman didakwa membakar bilik sewanya sebelum terjun dari tingkat dua rumah kedai di Kampung Raja, Jalan Kuala Ketil di sini hari ini.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, 52, terkejut melihat seorang lelaki berusia 40-an keluar dari tingkap rumah kedai dua tingkat yang terbakar, kira-kira jam 2.15 petang.
Melihat asap semakin tebal, rakannya menghubungi bomba bagi mengelak kebakaran merebak.
"Lelaki yang dipercayai kurang siuman itu menyewa sejak enam lalu dan sering mengadu bilik sewanya berhantu dan ada orang mahu membakarnya.
"Sebelum ini, dia pernah menebuk lantai biliknya dan menjerit kononnya ada orang mahu membakar bilik sewanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Sungai Petani, Penguasa Bomba Kanan II, Mohamad Khairi Baharuddin, berkata kebakaran membabitkan tingkat atas rumah kedai dua tingkat itu.
"Api dapat dipadam sepenuhnya dalam masa 20 minit manakala punca kebakaran dan kerugian dalam siasatan," katanya. - BH Online
No comments:
Write comments