Makanan berkhasiat seperti buah-buahan memainkan peranan penting dalam membantu mengekalkan kecantikan seseorang. Ini kerana buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk semula jadi yang penting untuk tubuh manusia.
Pakar kecantikan dan kesihatan terkenal, Shahnaz Husain dipetik NDTV menyenaraikan 5 buah-buahan yang dapat membantu mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran.
Mangga
– kaya dengan vitamin A, C, E, K dan mineral seperti fosforus, kalium, kalsium dan magnesium. Ia juga mengandungi bioflavonoid yang merupakan antioksidan kuat dan dapat membantu meneutralkan kerosakan radikal bebas.
– Membantu meremajakan kulit sekali gus melambatkan tanda penuaan kulit.
– Mempunyai kesan baik ke atas kulit dan rambut kerana mampu mengecilkan liang roma dan menguatkan akar rambut.
– Sesuai dijadikan pupur muka.
Lemon
– Kaya dengan vitamin C dan mineral
– Membersih dan mencerahkan warna kulit, sesuai dijadikan losyen tangan.
– Boleh memperbaiki tekstur kulit tangan yang kasar. Gosok gula pasir dan jus lemon pada tangan sehingga gula larut dan bilas dengan air.
– Tambah jus lemon ke dalam air teh ketika membilas rambut untuk mahkota kepala lembut bak sutera dan berkilat.
– Kulit lemon yang dikeringkan dan dikisar boleh dijadikan pupur serta skrub muka.
Betik
– Dikenali sebagai “makanan malaikat” kaya dengan antioksidan seperti vitamin A, B dan C, asid folik, asid pantotenik dan mineral seperti kalium serta magnesium.
– Ia mengandungi papain, sejenis enzim yang membantu melembut dan membuang sel kulit mati, menjadikan kulit lebih halus serta cerah.
– Sesuai dijadikan pupur muka. Kisar betik dan campur bahan lain seperti mil oat, dadih dan madu.
Pisang
– Sumber yang kaya dengan kalium dan vitamin C serta B6.
– Kandungan kaliumnya boleh membantu melembutkan rambut dan kulit.
– Sesuai dijadikan pupur muka dan rambut. Ia boleh membantu merawat rambut rosak akibat sering mewarnakan rambut dan menggunakan rawatan kimia lain.
Epal
– Kaya dengan vitamin C, B6, riboflavin, kalium, mangan dan magnesium. Ia juga penuh dengan fitonutrien dan flavonoid.
– Kandungan pektin mempunyai kesan meredakan kulit sensitif, menegangkan kulit dan membantu peredaran darah ke permukaan kulit.
– Kaya dengan antioksidan yang boleh membantu mengelakkan kerosakan pengoksidaan, melambatkan tanda penuaan.
– Mengandungi asid yang berkesan membersihkan kulit dan membuang sel kulit mati. Jadi, ia dapat membantu mencerahkan kulit dan bintik hitam secara beransur-ansur. - FMT
No comments:
Write comments