GUA MUSANG: Seorang budak lelaki Orang Asli mengalami kecederaan parah di bahagian muka selepas diserang beruang di kawasan hutan Aring 8, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, Dee Usop, 9, diserang ketika berada di hutan itu untuk mencari kayu gaharu bersama bapanya, Usop Ching, 39, yang tinggal di Kampung Aring 5.
Bagaimanapun, bapanya yang turut diserang beruang berkenaan hanya cedera di bahagian belakang dan berjaya membawa keluar anaknya dari hutan bagi mendapatkan bantuan.
Mereka dikatakan berjalan kaki hampir sejam dari kawasan itu dalam keadaan berlumuran darah sebelum diselamatkan seorang pekerja ladang swasta yang berada di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang.
Dua beranak itu juga sudah biasa memasuki kawasan hutan sama ada untuk mencari kayu gaharu atau ikan sungai.
Mereka kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Aring dengan bantuan rakan. - Astroawani
No comments:
Write comments