SYDNEY: Seorang wanita bertindak bodoh apabila menghubungi pihak polis semata-mata mahu mengadu tentang kenaikan harga ganja.
Wanita yang tidak dinamakan itu menelefon polis untuk meminta pihak berkuasa melancarkan siasatan bagi menyelesaikan masalahnya selepas dia dikenakan harga tinggi oleh pengedar bahan terlarang itu.
Namun peliknya, wanita berkenaan meletakkan telefon apabila anggota polis meminta maklumat tentang dirinya.
Pihak polis di Wilayah Utara Australia menggangap panggilan itu sebagai melucukan dan menyiarkan kenyataan tentang laporan 'luar biasa' tersebut bagi menggalakkan orang ramai tampil membuat aduan jika mereka menghadapi masalah membeli bahan terlarang itu.
"Jika anda mengenali pengedar dadah yang mengenakan bayaran tinggi, sila hubungi kami. Bantuan sedia diberikan," jelas kenyataan polis yang disiarkan dalam laman sosial Facebook.
Beribu-ribu pengguna Facebook memberikan komen tentang kenyataan tersebut dan mereka menganggap panggilan wanita berkenaan sebagai melucukan. - Mstar
No comments:
Write comments