Thursday 2 February 2017

Juri Perintah Facebook Bayar AS$500 Juta Kepada Oculus

WASHINGTON DC – Juri Mahkamah Texas mengarahkan pentadbir Facebook sebagai pemilik aplikasi Oculus Rift membayar ganti rugi AS$500 juta (RM2.21 bilion) kepada syarikat perisian permainan ZeniMax kerana didakwa mencuri teknologi maya syarikat itu.

Dokumen mahkamah mendedahkan, juri membuat keputusan itu selepas mendapati syarikat itu bersalah menciplak teknologi peranti maya daripada ZeniMax, untuk mencipta peralatan Rift ‘headset’.

Tindakan undang-undang itu mendakwa pengasas Oculus, Palmer Luckey membangunkan peralatan alam maya menggunakan kod secara haram daripada syarikat permainan itu.

ZeniMax dalam satu kenyataan berkata, mereka ‘gembira’ dengan kejayaan kes itu dan menganggap ia adalah pelanggaran undang-undang hak cipta dan tanda dagangan milik syarikat itu berdasarkan perjanjian perkongsian teknologi dicabuli Oculus.

Sedangkan teknologi itu dibangunkan oleh mereka dan ia adalah hak eksklusif syarikat itu.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Zenimax Robert Altman berkata, teknologi adalah asas kepada perniagaan syarikatnya dan menganggap kecurian harta intelek mereka adalah satu perkara yang serius.

Facebook menggunakan aplikasi Oculus pada 2014 dan meraih keuntungan AS$2 bilion (RM8.86 bilion) menerusi penjualan ‘headset’ Rift sebagai sebahagian penjualan alam mayanya. – AFP/BH ONLINE

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments