BERLIN: Mahkamah Jerman menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas seorang wanita mengaku yang bersalah atas beberapa tuduhan, termasuk melacurkan anak perempuannya dalam talian.
Wanita berusia 37 tahun itu dipenjarakan atas tuduhan penderaan seksual serius terhadap kanak-kanak dan menjadi ibu ayam, kata jurucakap mahkamah.
Hakim turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun 10 bulan ke atas teman lelakinya yang berusia 40 tahun atas tiga tuduhan penderaan seksual serius bagi jenayah yang dilakukan pada 2012 hingga 2013.
Mahkamah di Hildesheim di negeri Lower Saxony mendapati wanita berkenaan melacurkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun ketika itu dalam talian selama enam bulan.
Dia mengatur temu janji dengan lelaki, mengambil wang dan mengancam menghalau mangsa dari rumah jika enggan mengikut arahan.
Wanita berkenaan turut membantu teman lelakinya menyerang seorang lagi anak perempuannya yang ketika itu berusia 11 tahun.
"Hukuman itu adalah petunjuk penting dan pampasan kepada mangsa. "Penderitaan mereka tidak dapat dibayangkan," kata peguam kedua-dua mangsa kepada agensi berita DPA. - BH Online
No comments:
Write comments