Wednesday 23 August 2017

Ibu Hamil Dibunuh Kumpulan Pemuja Syaitan 666


SEORANG ibu yang sedang mengandung telah dibunuh oleh kumpulan pemuja syaitan. Fernanda Pereyra, 26, yang berasal dari Argentina, sedang mengandung enam bulan ketika dibunuh oleh tiga lelaki yang mewakili kumpulan pemuja 666.

Mayatnya telah dibakar dalam api yang sangat panas hingga menjadi abu. Hanya rantai leher yang dipakainya sahaja yang tinggal.

Polis percaya pembunuh menggunakan minyak tanah yang banyak. Sebelum dibakar, mayatnya dipindahkan ke kawasan lain dengan menggunakan van dan meskipun van itu telah dibersihkan namun kesan darah serta rambut Fernanda masih ada.

Salah seorang yang ditahan adalah bekas kekasihnya, Luciano Hernandez.

Dia bersama dua lagi lelaki yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah dan turut mengamalkan pemujaan syaitan.

Susulan kematian yang mengejutkan, penduduk tempatan telah mengadakan protes.

Kawasan di mana Fernanda dibunuh itu mempunyai masalah sosial dengan lebih 1,000 orang dibuang kerja oleh syarikat minyak di situ. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments