Thursday 24 August 2017

Viral! Langsuir Tumpang Tengok Perlawanan Bola


TULAR sejak semalam satu video yang telah dikongsi oleh netizen sehingga menarik perhatian orang ramai.

Video tersebut menjadi tular berikutan ternampak kelibat makhluk halus di bumbung stadium ketika orang ramai sibuk memasuki stadium.

Video berdurasi kurang dari satu minit itu memaparkan kelibat berwarna hitam yang dilihat seolah-olah sedang elok bertenggek di atas bumbung stadium ketika perlawanan Malaysia bertemu Laos, semalam.


Rata-rata netizen mempercayai itu adalah kewujudan makhluk halus langsuir jika dilihat pada aspek fizikal objek tersebut.

Namun tidak kurang juga segelintir mempercayai video tersebut telah diedit dan juga pancaran bayang-bayang lampu.

Maklumlah dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang ni, benda sedemikian orang boleh je edit mungkin bertujuan bagi menambahkan lagi kehangatan serta kemeriahan Sukan SEA KL2017.

Namun apa yang lagi mencuit hati dan mungkin tidak logik sama sekali, terdapat juga pihak yang percaya ‘objek’ itu adalah lumut.




Jika diperhatikan memang terdapat lumut di kawasan berkenaan, tapi kalau difikir selogiknya takkanlah ‘lumut’ itu kelihatan tinggi dan dilihat seolah ‘berkepala’.

Hmmm…apa-apa pun kami tidak berani untuk membuat sebarang andaian kerana ia kelihatan kurang jelas. Agak-agak anda apakah ‘objek’ itu?…

Semoga mimpi indah ya lepas tengok video ni! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments