Friday 25 August 2017

Penganjur Biadab, Afgan Disabotaj Ketika Konsert


SIAPA tak mengenali penyanyi berkaca mata berasal dari negara seberang yang berlesung pipit dan popular dengan lagu Terima Kasih Cinta, PadaMu Ku Bersujud dan banyak lagi.

Sekitar empat hari lalu, penyanyi kacak itu ada memuat naik satu gambar dirinya ketika membuat konsert Festival Jazz di Jakarta. Indonesia.

Pihak penganjur dengan selamba telah memadan lampu ketika Afgan masih lagi berada di atas pentas. Patutkah perkara seperti itu berlaku?

Afgansyah Reza, 28, walaupun terasa hati dengan pihak penganjur tetapi dalam masa yang sama rasa terharu dengan peminat yang menanti kehadirannya.

Meskipun pada asalnya Afgan sepatutnya membuat persembahan pada jam 8 malam tetapi dia hanya dapat naik ke pentas pada jam 10 malam.

Namun pihak penganjur telah memberi alasan bahawa pada jam 8 malam itu, persembahannya konon telah tertindih dengan persembahan seorang penyanyi antarabangsa.




“Dari awalnya memang saya sepatutnya membuat persembahan pada jam 8 malam. Malangnya, saya baru dapat naik pentas pada pukul 10 malam, padahal saya sudah standby satu jam awal. Tapi sebabkan ada artis antarabangsa yang harus membuat persembahan pada masa yang sama, saya yang kena beralah.”

Sebelum dia naik ke pentas, pihak penganjur sudah meminta Afgan supaya tidak membuat persembahan. Namun Afgan dan pihak pengurusanya dengan tegas mahu membuat persembahan seperti perancangan awal itu.

Bukan itu sahaja, pada awal persembahan, sound system juga tidak berfungsi namun dia tetap gigih bersama dengan ahli muzik yang lain untuk terus menghiburkan peminat yang ada.

Selepas selesai menyanyi lagu yang keempat, tiba-tiba lampu pentas telah dipadamkan walaupun pada waktu itu dia masih lagi berada di atas pentas.

Para peminat meminta Afgan untuk meneruskan persembahan sambil menyalakan lampu flashlight di telefon bimbit masing-masing.

“Ketika saya menyampaikan lagu yang keempat, lampu pentas mula dimatikan dan saya dihalau dari pentas.

“Akhirnya penonton mula menyalakan lampu flashlight daripada telefon masing-masing sebagai tanda mereka mahu saya terus bernyanyi,” tulis Afgan dalam kapsyen tersebut.

Namun Afgan melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak penganjur kerana mereka lebih mengutamakan penyanyi antarabangsa walaupun pada asalnya dia yang sepatutnya membuat persembahan pada jam 8 malam.

“Afgan mesti terus menyanyi sebab ramai peminat yang tunggu dia. Lepas habis buat persembahan, Afgan telefon saya lagi dan dia cerita dekat saya tentang kejadian lampu pentas dimatikan. Wah, gila betul tu! Tapi bagi saya, Afgan dah buat yang terbaik,” ujar Rossa, rakan baik Afgan.


Penyanyi itu berasa sangat gembira dan berterima kasih kepada semua yang hadir ketika konsert tersebut dan berharap agar selepas ini akan ada penambahbaikan daripada pihak penganjur. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments