Thursday 24 August 2017

Sufian Suhaimi Nyanyi Dalam Kereta, Teruk Dihentam


SEPERTI sedia maklum penyanyi, Sufian Suhaimi kini sedang hangat menjalinkan hubungan dengan pelakon, Elfira Loy.

Hubungan dua pasangan ini sudah terjawab apabila Sufian merisik Elfira pada sambutan Aidilfitri lalu.

Kini hubungan mereka bukan lagi satu rahsia malah masing-masing dilihat terbuka berkongsi gambar mesra berdua.

Baru-baru ini video Sufian menyanyi di dalam kereta miliknya telah menarik perhatian ramai netizen.

Menerusi video tersebut memaparkan Sufian yang memakai kemeja sedang menyanyikan single terbaru, Terasa Ada buat kekasihnya, Elfira ketika tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

“Tiada yang mampu memisahkan kita berdua, tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini, biar di uji takkan ku berhenti akan ku pertahankan kian nafas yang terakhir,” bibit lirik yang dinyanyikan penyanyi tersebut.

Video yang mendapat lebih daripada 5,000 kicauan dan 5,000 likes itu secara tidak langsung mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Di mana rata-rata antara mereka mengecam teruk penyanyi lagu Terakhir itu.



Alahaiii…menyanyi pun kena kecam. Kalau dah namanya artis ni ada sahaja yang tidak kena. Nak tak nak kena lah hadap kannn… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments