Wednesday 30 August 2017

Guna Racun Ubat Kutu, Anak Maut, Ibu Kritikal


JAKARTA – Dua orang kanak-kanak dilaporkan telah meninggal dunia manakala ibunya serta seorang lagi kakak mereka dilaporkan kritikal akibat keracunan.

Kejadian yang berlaku di Jawa Tengah pada Ahad lalu dipercayai berpunca apabila si ibu menggunakan racun serangga bagi tujuan untuk menghapuskan kutu di kepala mereka anak-beranak.


Media tempatan melaporkan mereka merupakan penduduk di Desa Kiringan, Boyolali, Indonesia. Kanak-kanak yang maut itu ialah Qaulan Shakila, 9, dan adiknya Klarissa, 4. Manakala kakak mereka, Klarissa, 12, serta ibunya, Akhir Rutiyani, 35, dilaporkanberada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Pandan Arang, Boyolali.

Mereka semua dikatakan mengalami pening-pening dan muntah selepas Akhir mnggosok ‘ubat kutu’ di kepada ketiga-tiga anaknya dan di kepalanya sendiri.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Boyolali, Miftakul Huda telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘ubat kutu’ yang diterima oleh Akhir itu telah diberikan oleh jirannya pada pagi hari kejadian dan mereka telah memakainya pada malam hari yang sama.


Pihak polis mendapati ‘ubat kutu’ tersebut merupakan racun serangga jenis diazinon yang telah diisi ke dalam botol pewarna pakaian. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments