Thursday 24 August 2017

Mark Wahlberg Aktor Raih Pendapatan Tertinggi Dunia


MAJALAH Forbes baru-baru ini telah menyenaraikan pelakon Hollywood, Mark Wahlberg sebagai aktor yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia pada tahun ini.

Mark dianggarkan memperoleh pendapatan AS$68 juta (RM291 juta) yang dikira dari bulan Jun 2016 hingga Jun tahun ini.

Jumlah diterima Mark itu sekali gus mengatasi pendapatan pelakon The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson yang memegang gelaran sama tahun lalu.


Pendapatan tinggi yang diraih Mark itu diperoleh menerusi filem komedi Daddy’s Home 2, Transformers: The Last Knight dan program realiti TV bersiri memaparkan keluarganya yang berjudul Wahlburgers.

The Rock pula turun tangga kedua aktor menerima pendapatan tertinggi dengan jumlah bayaran sebanyak AS$65 juta (RM278 juta) menerusi filem Jumanji dan Baywatch.

Bintang berkepala botak popular, Vin Diesel pula berada di tangga ketiga dengan pendapatan sebanyak AS$54.5 juta (RM233 juta).


Selain bintang Hollywood, aktor Bollywood turut mengungguli carta tersebut antaranya Shah Rukh, Salman Khan dan Akshay Kumar di mana masing-masing menduduki tangga ke lapan, sembilan dan 10 carta. – MYNEWSHUB.CC


Senarai Aktor Meraih Pendapatan Tertinggi Di Dunia 2017:

1. Mark Walhberg
2. The Rock/Dwayne Johnson
3. Vin Diesel
4. Adam Sandler
5. Jackie Chan
6. Robert Downey Jr
7. Tom Cruise
8. Shah Rukh Khan
9. Salman Khan 
10. Akshay Kumar

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments