Wednesday 23 August 2017

'Kami tidak pernah mengadakan hubungan kelamin..' – Hafiz


MESKIPUN telah berkahwin, penyanyi Hafiz Hamidun akui dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, Joy Revfa sejak bernikah pada 1 Mei lalu.

Hafiz, 33, berkata, dia bertindak demikian oleh kerana meragui status wanita berkenaan yang tidak menyerahkan sijil perceraian sehingga tarikh mereka diijabkabul.

“Kami tidak pernah mengadakan hubungan kelamin, saya tidak sentuh dia kerana sejak hari pertama kami berkahwin sudah ada keraguan.

“Sejak bernikah kami tinggal berasingan kerana saya sentiasa berfikir tentang masalah dikemudian hari,” ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini tampil bagi membuat penjelasan berkaitan kemelut rumah tangga dengan Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, dalam satu temu bual yang turut diadakan secara langsung melalui Insta Live di Instagram.

Bagaimana pun, Joy dalam kenyataannya berkata mereka sudah ‘bersama’ dan berbulan madu namun Hafiz tidak mempedulikannya selepas itu.

Hafiz dan Joy Revfa berkahwin pada 1 Mei lalu namun tidak sampai sebulan pernikahan mereka telah diuji dengan keraguan yang timbul akibat kes perceraian perkahwinan pertamanya yang belum selesai selepas mengahwini Hafiz.

Oleh itu, Hafiz mengambil keputusan untuk memfailkan permohonan bubar nikah atau faraq pada Isnin, 21 Ogos namun gagal berbuat demikian apabila Joy telah terlebih dahulu melakukan perkara yang sama pada Jumaat, 17 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments