Tuesday 22 August 2017

Penyokong Myanmar Dipukul, Ini Cerita Sebenar Kejadian…


TULAR sejak semalam menerusi laman sosial apabila dua orang penyokong Myanmar teruk dibelasah selepas perlawanan bola sepak, Malaysia menentang Myanmar.

Kejadian ganas yang dipercayai berlaku di luar kawasan Stadium Shah Alam, Selangor itu telah menarik perhatian ramai netizen.

Menerusi perkongsian daripada Shah Rafi di akaun Facebook miliknya, seorang daripada mangsa dipercayai lembik nyawa-nyawa ikan dan dibawa ke sebuah hospital oleh seorang penyokong Malaysia.


Manakala, seorang lagi dikatakan terbaring dalam keadaan kesakitan dengan kepala penuh berlumuran darah.

Kedua-dua lelaki tersebut mengalami kecederaan teruk selepas dibelasah oleh sekumpulan penyokong Malaysia berkenaan yang tidak dikenal pasti tujuan sebenarnya.

Berikut adalah perkongsian kejadian berdarah tersebut:





Perkongsian jujur itu ternyata mendapat lebih daripada 1,000 likes dan 500 shares malah menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Rata-rata antara mereka begitu bengang dan sedih dengan tindakan keterlaluan pemuda yang membelasah penyokong Myanmar tersebut.



Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja memalukan tetapi sekali gus telah mencalarkan imej kita sebagai tuan rumah Sukan SEA pada tahun ini.

Sebagai tuan rumah, kita sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik, bukan bertindak seperti tiada akal sebegini.

Berharap insiden seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! – MYNEWSHUB/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments