Thursday 24 August 2017

Budak Ditangkap Polis Menari ‘Macarena’


DUBAI – Seorang budak lelaki berusia 14 tahun ditahan polis kerana menari diiringi lagu ‘Macarena’ di persimpangan trafik, di negara itu, semalam.

Remaja terbabit dirakam menari lagu hit era 1990-an itu di depan lima lorong kenderaan yang berhenti di lampu isyarat, dalam video yang kemudian dikongsi meluas di media sosial.

Menurut polis, remaja itu yang nama dan kewarganegaraannya tidak didedahkan disoal siasat kerana mempamerkan kelakuan yang tidak sesuai di tempat awam selain mengganggu lalu lintas.

Dia kemudian dibebaskan dan diberi amaran mengenai keselamatan jalan raya.

Kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan berkata, remaja itu dibebaskan tanpa dikenakan tuduhan selepas dia dan penjaganya dipanggil untuk disoal.

“Mereka menandatangani ikrar bertulis yang mengatakan remaja itu tidak akan terbabit dalam tingkah laku yang membahayakan nyawanya dan orang lain lagi,”kata kenyataan itu. – Reuters/myMetro Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments