Tuesday 22 August 2017

Misteri Tulang Berselerak Bongkar Rahsia Empunya


KOTA BHARU – Penemuan beberapa tulang berselerakan dekat Kampung Paya Rambai di sini petang semalam, mencetuskan misteri dalam kalangan penduduk kerana disyaki milik manusia.

Namun rahsia itu akhirnya terjawab apabila ujian forensik mendapati ia sebenarnya tulang milik seekor kambing yang mungkin dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab atau dimakan haiwan liar.

Pengesahan proses bedah siasat tersebut dibuat selepas ujian berjaya dilakukan oleh Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata tulang terbabit ditemui seorang lelaki berusia 50 tahun berhampiran rumahnya sebelum membuat laporan polis pada pukul 7.05 malam.

Sebaik menerima laporan, anggota unit peronda (MPV) dan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bergegas ke lokasi penemuan.

Menurut laporan portal Berita Harian, polis menemui rangka tulang bahagian belakang, paha dan rusuk di atas tanah pada jarak 15 meter dari rumah pengadu.

“Keadaan tulang dipercayai sudah lama dan ia dibawa ke Unit Forensik Hospital HRPZ II sebelum disahkan ia adalah tulang kambing,” katanya ketika ditemui di IPK, Kota Bharu, hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments