Friday 25 August 2017

Peniaga Kena ‘Main’, Pembeli Batal Order 30 Bungkus


APALAH jenis orang yang suka menganiaya perniagaan orang lain ni. Dah lah menyusahkan peniaga lepas tu merugikan peniaga pula tu.

Semalam di Facebook ada seorang pengguna memuat naik perbualan aplikasi Whatsapp bersama dengan seorang pelanggan yang kononnya mahu membuat pesanan nasi lemak ayam berempah sebanyak 30 bekas!

Tapi akhirnya dia membatalkan pesanan dengan alasan anak sakit dan dimarahnya pula peniaga nasi lemak tu. Patut ke tak patut ni?

Kisahnya bermula bila si pembeli menghubungi peniaga malang tersebut dan mengatakan hasratnya untuk menempah sebanyak 20 bungkus nasi lemak ayam berempah itu untuk dibawa ke pejabatnya pada lusa harinya.


Peniaga itu bersetuju untuk menghantar bungkusan itu di kawasan tol dekat Sungai Buloh. Pada malam harinya pula, pembeli itu memaklumkan hasratnya untuk menambah lagi 10 bungkus, jadi semuanya 30 bungkus.

Maklumlah, bila dah order banyak, mesti duit deposit diperlukan untuk buat kos beli barang masak. Tapi kononnya si pembeli memberi alasan yang line internetnya slowdan tak dapat untuk bank in duit.


Sebabkan rasa percayanya si peniaga ni, dia pun ikutkan sajalah untuk dapatkan full payment sewaktu menghantar pesanan tu nanti.

Alasan punya alasan, sampai ke malam hari pun internet slow. Maka si peniaga pun teruskanlah niatnya untuk beli barang masakan. Rupa-rupanya kena tipu!

Mana taknya, malam sebelum perjanjian untuk hantar pesanan, si pembeli boleh pula kata yang dia nak batalkan pesanan keranan kononnya anaknya sakit. Betul atau tidak tu tak tahu lah.

Tapi nampak macam disengajakan sebab waktu diminta untuk dibayar separuh daripada harga tempahan pun dah mengelat bagi alasan. Tiba-tiba tak jadi pula.

“Tak boleh ambil ke dik? Sesiapa ke? Sebab semua akak dah buat dik. Ayam dah perap, sambal dah siap. Bukan 3 pax yang adik minta, tetapi 30 pax. Sape yang nak makan banyak-banyak ni dik?

“Allah. Tak boleh ke suruh suami adik ambilkan? Jangan buat macam ni dik. Akak meniaga makanan. Tak boleh nak simpan-simpan. Adik carilah jalan untuk ambil esok,” rayu peniaga berkenaan.

Siapa yang tak mengamuk bila dah siap semua benda tapi akhirnya kena ‘kencing’. Tapi peniaga tu masih lagi mampu bercakap secara sopan dan berharap agar ada wakil si pembeli yang boleh ambil pesanan.


Sekali, si peniaga pula yang kena sound! Ehh, siapa yang salah sebenarnya ni?

“Sis, anak saya sakit sis. Sis ingat saya suka-suka ke nak cancel order? Kan saya dah cakap esok saya emergency, tak datang kerja. Kalau saya ambil 30 pax nasi lemak, siapa nak melantak banyak tu? Cakap pakai otak sis. Saya ni dengan anak sakit. Sisplak annoying,” balas wanita terbabit.

Bila dah kena macam tu, si peniaga pun dah tawar hati untuk terus merayu mintak dibeli nasi lemaknya tu. Jadi terpaksa lah peniaga tersebut menjual nasi lemak ayam berempah itu secara online di Facebook miliknya. Syukurlah ada lagi individu yang baik hati untuk membantu wanita malang itu.

“Akak ni tak serik, dah kali kedua kena, masih tak ambil pembayaran. Adakah akak ini senang dikencing? (ditipu). Janganlah kencing akak, dah hancing akak ni tau.”

“Alhamdulillah dah terjual habis. Tetapi nak pesan sikit pada yang biasa sangat kenakan orang seperti ini. Hari ini kita bermain-main dengan usaha orang, esok lusa kalau hadap kesusahan, tolong ingat semula apa yang kita dah buat pada orang,” katanya pada kapsyen postingnya.

Apa lah yang seronoknya kalau buat orang lain macam tu. Dah la menyusahkan lepas tu merugikan. Kalau betul taknak beli, jangan main-main. Orang lain pun nak cari rezeki, bukanya kena tipu macam tu. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments