Thursday 24 August 2017

Hati-Hati… Lagi Kes Gajah Mati Kena Langgar Di Perak


BULAN lalu, kita dikejutkan dengan insiden ibu gajah yang ‘naik minyak’ berikutan kematian anaknya. Tetapi sebenarnya, berita itu hanya khabar angin semata.

Apa yang terjadi hanyalah seekor anak gajah mati akibat dilanggar seorang guru panik.

Insiden itu berlaku ketika mangsa terserempak dengan haiwan itu yang sedang melintas jalan di laluan Lebuhraya Timur-Barat Gerik-Jeli berhampiran Bainun.

Terkini, seekor lagi mamalia jenis itu mati dilanggar sebuah bas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Gerik, perak sekitar jam 5.30 pagi itu telah menyebabkan laluan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Difahamkan, bas tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk di bahagian cermin depan dan keadaan penumpang masih belum dapat dikenalpasti.

Berikutan itu, pengguna jalan tersebut diminta untuk lebih berhati-hati dan peka dengan kehadiran haiwan liar di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Perak, Loo Kean Seong memberitahu bahawa gajah jantan tersebut dianggarkan berumur 10 tahun.

Tambahnya lagi, bangkai haiwan itu telah dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai bagi urusan bedah siasat dan pemotongan gading sebelum ditanam pada hari ini juga. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments