Friday 25 August 2017

Joy Revfa Mahu Bersihkan Nama, Maafkan ‘Haters’


PENGASAS kosmetik dan isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa memohon kepada orang ramai agar hentikan menghinanya kerana salah anggap dia masih isteri orang semasa berkahwin dengan Hafiz.

Kata Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd. Amin, dia amat yakin perkahwinannya pada 1 Mei lalu sah di sisi syarak.

Dia juga menegaskan bahawa dia telah diabaikan dan dinafikan haknya sebagai isteri sejak 23 Mei lalu.

“Selama ini saya diam, saya tidak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara dan turut campur tangan kerana mereka melihat penderitaan dan tangisan saya selama ini.

“Tolong hentikan hinaan dan cacian anda terhadap saya bahawa saya masih isteri orang ketika berkahwin dengan dia (Hafiz).

“Kepada yang menghina dengan menuduh saya pelacur dan anak saya adalah anak haram, saya maafkan,” ujarnya.

Syukur alhamdulilah.. Sembah syukur kpd Allah swt.. Terima kasih Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. Ternyata NIKAH ini adalah sah dan saya telah diabaikan & digantung tanpa tali sejak 23 Mei 2017 yg lalu.. . Selama ini saya bertahan.. Saya tak salahkan keluarga krn wajar keluarga saya bersuara & turut campur tangan kerana hanya mereka melihat penderitaan & mendengar tangisan saya selama ini.. 😭 . . Tolong hentikan hinaan & cacian anda terhadap saya bahwa saya masih lagi isteri org apabila berkahwin dgn dia... 🙏🏼 Kepada yg menghina saya pelacur & anak saya adalah anak haram itu, saya maafkan... dan saya doakan anda semua mendapat keluarga Sakinah, Mawaddah & Warahmah seperti apa yg selalu saya impikan.. . . Di mahkamah nanti akan saya maklumkan siapa yg salah menasihati saya untuk buat takliq, dan akhirnya digunakan mengatakan saya diragui. Doakan saya menegakkan keadilan & maruah sebagai seorang wanita. . [ Utk Pengetahuan Semua ] . Jika anda mengatakan saya yg terlebih dahulu membuka aib.. ternyata anda silap, dia yg terlebih dahulu mengaibkan saya pd media. . Artikal awal yg membuat netizen terbau ttg pergolakkan kisah kami : . 4 July 2017 - Apabila wartawan MSTAR Online bertanya apa respon dia ttg gambar billboard saya yg terlihat agak seksi, dia sendiri memberitahu pd media yang saya telah "block" account IG nya sedangkan itu tidak benar.. sumpah saya tak block IG dia.. 😭 Lalu media telah sebarkan berita itu yg keluar dari mulutnya sehingga saya dikecam teruk dikatakan isteri derhaka.. Allah.. (Sudah lah sedih diabaikan & kena kecam pulak dahh..!) Bukan kah sepatutnya dia sebagai suami harus mempertahankan saya & bukan memfitnah/mengaibkan saya terlebih dahulu.. allah. . 10 Ogos 2017 - Dia telah memadam semua gambar saya dari acc instagram nya. Ini membuat ramai yg membuat andaian negatif & blogger2 mula menulis tentang kontroversi & pergolakan ini . Tapi, tak mengapa lah, saya tak salahkan dia.. Saya yg sentiasa percaya dengan Qada' & Qadar .. kerana saya yakin, apa pun yang terjadi tidak ada yang KEBETULAN, semua yang terjadi adalah KETENTUAN dari Allah swt.. Pasti akan hadir hikmah terindah nanti... #allahmahamengetahui
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

Meluahkan perasaannya melalui Instagram, Joy memberikan responnya terhadap kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membenarkan pernikahan itu selepas bekas suaminya mengemukakan surat akuan perceraian mereka yang berlaku pada tahun 2015.

Dalam satu laporam, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata, isu itu hanya timbul apabila Datuk Ray Imran gagal mengemukakan sijil perceraian dari pejabat agama Islam di Songkhla, Thailand tempat di mana mereka bernikah.

Untuk mendapatkan sijil itu, Joy kemudiannya telah ke Songkhla namun gagal kerana permphonan itu haruslah dibuat oleh bekas suaminya.

Oleh itu, Joy dinasihatkan oleh seseorang untuk membuat permohonan taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu 13 Julai lalu.

“Di mahkamah nanti akan saya maklumkan siapa yang salah menasihati saya untuk membuat permohonan taklik dan akhirnya digunakan mengatakan saya diragui. Doakan saya dapat menegakkan keadilan dan maruah seorang wanita,” katanya.

Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada 18 Ogos lalu.

Permohonan tersebut dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dnegan sekali lafaz.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments