Tuesday 29 August 2017

DSV Kena Denda, Serik Nak Bersiaran Live Lagi


HARI ini pelantun lagu I Am Me, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida (DSV) didenda akibat menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM4,800 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas prosiding dibacakan. Namun, denda tersebut sudah dilunaskan.

“Bagi memudahkan semua pihak, saya mengaku salah,” katanya dipetik laporan myMetro.

Beliau didakwa menyiarkan iklan produk Pamoga yang terkenal dengan tagline“Alhamdulillah.. mujur ada Pamoga” kerana mengatakan produk tersebut mampu merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut seperti tertera dalam jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956) tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku semasa siaran langsung dalam rancangan Jom Singgah yang telah disiarkan di TV3 pada 18 Julai 2016. Yalah, kalau dah namanya pun live mana boleh nak cover lagi kalau dah terlepas cakap kan.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1)(b), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, Vida merayu untuk tidak dberikan hukuman berat kerana dia hanya mengulang kembali feedback yang diberikan oleh pelanggan-pelangganya.

Dengar-dengarnya Vida juga sudah takut untuk keluar televisyen lagi-lagi dalam program siaran langsung. Betul ke?

“Saya tidak dapat mengawal percakapan kerana program itu disiarkan secara langsung dan sekarang saya memilih untuk berdiam diri dan tidak membuat siaran langsung lagi,” ujarnya.

Namun, bantahan rayuan itu ditolak oleh Pegawai Pendakwa Bahagian Penguatkuasaan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mempunyai kesalahan lampau di samping Vida merupakan public figure yang dikenali ramai. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments