Saturday 26 August 2017

Lagi Berita Orang Kita Bikin Malu Di Jepun


TAK habis dengan berita tiga orang warganegara kita yang bikin malu di negara ‘matahari terbit’, kali ini, ada juga yang mengikut jejak mereka bertiga! Yang buruk tu juga mahu diikutnya.

Kenapalah sanggup memalukan negara sendiri ni? Aibkan diri sendiri tu satu hal, ni sampai memalukan negara sendiri! Aduh… Habislah calar imej Malaysia dekat sana.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Tok Sheikh memuat naik satu posting tentang aduan yang diterimanya selepas dimaklumkan oleh beberapa orang rakyat Malaysia ketika mereka berada di sana.

Hari itu buat hal bergaduh di rumah tumpangan, sekarang ni mereka menyalahgunakan kemudahan ruangan solat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun pula.

Apa yang mereka buat? Jangan terkejut ya, sebab dua orang wanita ini sedang tidur di ruangan solat. Bukan tu saja, mereka juga membasuh beberapa helai pakaian.

Lepas tu boleh selamba sidai di atas kerusi dan tempat besi penyangkuk di dalam ruangan yang kecil itu. Elok pula mereka susun bagasi milik mereka dekat tepi dinding.


Amboi, melampaunya. Ingat tu hotel ke siap buat macam tu lagi? Kenapa tak dibawa almari baju sekali? Terang-terang ada papan tanda yang melarang melakukan perkara yang boleh ganggu pengguna lain.

Eh, tak pandai baca ke?


Pihak mStar Online ada menghubungi Tok Sidang untuk mendapatkan makluat lanjut mengenai perkara ini.

“Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ.”

“Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan,” katanya.

Tok Sheikh juga dikatakan bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan semestinya dia sering ulang alik ke negara tersebut. Dia melahirkan rasa kecewa terhadap sikap sebahagaian kecil rakyat negara kita yang sering menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.

Sudahlah ada sebahagian warga yang tak ada sivik dah rosakkan kemudahan awam yang ada di negara sendiri. Di negara orang pun nak dirosakkannya juga. Bikin malu saja lah!

“Sekiranya nanti kemudahan seperti ini ditarik balik, ia akan menjadi masalah kepada semua pelancong yang ingin solat di tempat yang disediakan.

“Kepada mereka yang ingin belajar melancong ke luar negara, hendaklah juga belajar menjaga adab kerana kita membawa nama negara.”

“Jika perkara seperti ini terus berlaku, ia amat memalukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” tambahnya lagi.

Apa sebenarnya motif orang kita buat macam tu kat sana? Takkan nak famous macam budak bertiga tu? Itu bukan kategori famous dah okay. Tu kategori layak dikutuk!

Lain kali kalau nak melancong, pastikan dah rancang sebaik-baiknya. Nak tidur pun bukan di tempat solat. Disebabkan ruangan solat di lapangan terbang itu bukan dikhaskan hanya untuk orang Islam. Tapi ia bebas digunakan oleh semua pengganut agama.

Jadi, kalau agama lain tengok kita buat perangai macam tu, tak ke memalukan Islam je? Kita beria marah bila orang luar hina Islam. Tapi ternyata kita sendiri yang bagi mereka nampak perangai buruk kita. Walhal Islam itu indah kan.

Mudah-mudahan dah tak ada lagi cerita macam ni. Takkan ada lagi rakyat Malaysia yang buat onar di negara orang. Tak kisah lah di negara mana pun. Jagalah nama agama dan negara kita. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments