Saturday 26 August 2017

Jackie Jalani Pembedahan, Tapi Masih Kuat Bekerja


PELAKON kung fu Hong Kong kegemaran ramai, Jackie Chan masih lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan walaupun usinya sudah mencecah 63 tahun!

Meskipun boleh dikategorikan sebagai golongan warga emas, Jackie masih lagi mampu untuk membuat aksi-aksi stunt seperti zaman muda-mudanya dulu.

Bagaimanapun, Jackie dikatakan mempunyai masalah kesihatan tetapi dia berkeras masih kuatkan dirinya untuk meneruskan penggambaran sehingga tamat.

Ketika di sidang media filem The Foreigner, beliau ditanya tentang pembedahan yang terpaksa dihadapinya selama lima jam di London. Beliau dikatakan mengalami kesakitan otot ketika dalam pembikinan filem Kung Fu Yoga.

Tambah lagi ketika menjalankan penggambaran filem The Foreigner, keadaannya bertambah lagi teruk.


“Saya terpaksa dibawa ke bilik pembedahan di London. Saya diberitahu pembedahan hanya memakan masa 45 minit sahaja, tapi akhirnya jadi lima jam. Dua orang pembantu saya dah risau dan menangis di luar bilik pembedahan.”

“Keesokan harinya, saya kembali bekerja macam biasa. Saya boleh buat aksi bergaduh seminggu lepas pembedahan walaupun doktor suruh saya rehat dulu,”katanya yang dikenali sebagai seorang yang sangat mementingkan kerja berbanding kesihatan dirinya sendiri.

Jackie menambah lagi bahawa pengarah filem ini, Martin dikatakan mempunyai pengalaman yang luas dan dapat menghasilakn filem yang bermutu tinggi.


“Martin adalah seorang pengarah yang mempunyai pengetahuan yang luas dan profesional. Beliau amat berdisiplin dan tidak benarkan sebarang gangguan bunyi di sekitar lokasi pengambaran.

“Hinggakan saya terpaksa berjalan dengan sangat perlahan bagi menjayakan watak Quan” kata Jackie ketika ditanya tentang Martin.

Bagi watak yang digalas olehnya dalam filem ini, dia perlu menjadi orang tua bernama Quan, dan dia disolek menjadi orang tua.

Jackie juga digandingkan dengan pelakon yang popular dengan watak James Bond, iaitu Pierce Brosnan. Baginya, Brosnan seorang pelakon yang bagus kerana dia sanggup datang ke lokasi penggambaran untuk berlatih dialog walaupun pada hari tersebut tiada scene lakonan untuknya.

Filem The Foreigner bakal ditayangkan secara serentak di pawagam GSC seluruh negara pada 30 September depan. Ia turut ditayangkan di China pada tarikh sama, manakala di Eropah dan Amerika Syarikat pula pada 13 Oktober nanti. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments