Friday 25 August 2017

Video: Ratusan Ribu Lipas Lari Dari Taufan Di HK


LIPAS merupakan haiwan perosak kecil yang sangat digeruni oleh kebanyakan orang lagi-lagi bagi wanita dan kanak-kanak.

Baru-baru ini tular satu video video ratusan ribu serangga perosak tersebut memenuhi tebing-tebing laut di sekitar Hong Kong dan kawasan perumahan Macau di China.

Lipas berkenaan dipercayai sanggup ‘bersidai’ di tebing itu untuk mencari perlindungan daripada dibadai Taufan Hato yang sedang melanda wilayah berkenaan.


Video yang baru dimuat naik semalam itu telah berjaya mendapat lebih 500,000 tontonan. Akibat daripada Taufan Hato itu, berlakunya tanah runtuh di Selatan China dan telah mengorbankan 12 nyawa.


Bukan itu sahaja, ia juga telah memusnahkan bangunan dan menterbalikkan kenderaan-kenderaan di kawasan itu yang memaksa ribuan orang melarikan diri.

Di tempat lain pula, seramai lapan orang telah terbunuh dan empat orang terkorban di wilayah Guangdong di tanah besar China.

Dilaporkan Taufan Hato yang melanda Hong Kong merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh lima tahun dan tertinggi di Macau dalam masa 18 tahun.

Bahagian lain di Hong Kong turut terkena tempias apabila kawasan sekitarnya mengalami banjir yang berterusan.

Sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat di sekitar Hong Kong terpaksa ditutup akibat lintangan angin yang kuat dan sebanyak 450 penerbangan terpaksa dibatalkan.

Mengikut laporan portal Mashable Asia, angin dengan kelajuan 200km/j telah memusnahkan bandar tersebut sekali gus memutuskan bekalan elektrik. Rangkaian telefon bimbit dan internet turut terganggu.

Kini, ribut taufan berkenaan dilaporkan semakin reda dan dijangka akan bergerak ke pedalaman China.

Walaupun berada di dalam keadaan tragis sebegini, ada juga yang menunjukkan keberaniannya. Aksi seorang sami yang kononnya sedang melawan taufan tersebut turut mendapat perhatian. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments