Wednesday 30 August 2017

Gambar Bogel Dihentam, Alicia Label Melayu Mundur?


SIAPA masih ingat dengan finalis Asia’s NextTop Model (ANTM) musim ke-5, Alicia Amin atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin?

Baru-baru ini, Alicia sekali lagi terpalit dengan kontroversi panas apabila kecoh diperkatakan gambarnya hampir tanpa seurat benang tersebar luas dalam sebuah laman web menjual pakaian dalam.



Difahamkan, gambar ‘panas’ tersebut diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dalam satu sesi penggambaran tepi pantai bagi menggayakan salah satu koleksi terkenal, Victoria’s Secret.

Menerusi akaun Twitter miliknya, gadis kacukan Melayu-Jerman ini dilihat telah meluahkan rasa bangga dengan hasil kerja dirinya sebagai anak seni dan mengkritik orang Melayu dengan label mereka sebagai berfikir mundur.


Posting yang mendapat sebanyak lebih 200 likes itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen di mana rata-rata antara mereka mengecam teruk kenyataan gadis tersebut.




Dalam pada itu, Alicia yang dilihat begitu ligat mengkritik orang Melayu ini dikatakan bakal muncul dalam drama, Meh Sandar lagi gandingan bersama pelakon terkenal, Aliff Aziz dan Mira Filzah.

Lantaran itu, sekali lagi dia teruk kena perli dan dikutuk netizen.

Eahhh… kutuk Melayu tapi berlakon cerita Melayu ke???



Namun, Alicia dilihat tidak hanya berdiam diri malah memberi alasan dia berlakon drama itu hanya sebagai batu loncatan bagi langkah awal memulakan karier sebagai seorang pelakon.

Tambahnya lagi, pemikiran netizen yang macam ni jugalah punca kepada faktor Melayu itu konon tidak maju.


Hmm.. macam-macam hal nampaknya. Apa-apapun, diharapkan Alicia terus sukses lah dalam apa jua bidang yang diceburi ya! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments