Monday, 22 May 2017

DJ Dave, YA1M Sedang Jejak To’ki


TERKESAN dengan perkongsian seorang netizen berkenaan kedaifan hidup To’ki yang tular di laman Facebook sejak dua hari lalu, Datuk DJ Dave nekad untuk menjejaki penyanyi popular 90-an itu.

Sebagai Presiden Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), DJ Dave dan pihak menyatakan mereka sedang dalam usaha untuk berhubung dengan To’ki atau Mohd Zaki Mansur bagi membolehkan mereka mengetahui masalah sebenar penyanyi itu dan sekaligus menghulurkan bantuan.

“Ya, baru pagi tadi saya menyuruh pihak saya menjejaki To’ki dan pihak Yayasan Artis 1 Malaysia bersedia membantu beliau secepat mungkin,” ujarnya.

DJ Dave baru sahaja menghadiri satu majlis yang meraikan seorang lagi artis yang senasib dengan To’ki iaitu Ben Nathan dalam Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan yang diadakan di Saloma Bistro, Ahad lalu.



Kisah sayu kehidupan To’ki menjadi tular di FB apabila soerang peminat bertemu penyanyi lagu Hampa itu dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak. Bagaimanapun, lokasi stesen minyak tersebut tidak dinyatakan lokasinya.

Dalam posting tersebut, lelaki itu menyataan dia begitu terkesan mengenangkan nasib To’ki apatah lagi bulan Ramadan dan Syawal semakin hampir.

Malah, dia berharap ada pihak yang dapat membantunya sepertimana yang dilakukan terhadap penyanyi era 80-an, Ben Nathan.

Kisah To’ki yang viral di Facebook mendapat perhatian peminat dan sehingga kini entri tersebut telah dikongsi sebanyak 4,400 kali.

To’ki sebelum ini turut pernah berduet bersama penyanyi Rohana Jalil menerusi lagu Naluri Cinta di mana lagu tersebut pernah dicalonkan di dalam kategori balada Anugerah Juara Lagu (AJL9) kesembilan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments